Siti Nur Ismat
  • Home
  • Tugasan
  • Biodata
  • Refleksi
  • About
  • Contact
F. Pendidikan
SukRes
GE1155 Komputer dalam Pendidikan


TUGASAN 1 MINGGU 3
Komputer Sebagai 'Alat', 'Guru' dan 'Pelajar'  



Komputer Sebagai Alat
1)Proses Pembelajaran Menggunakan Komputer

Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini
( Fatimah & Munirah, 1995; PPK, 1993; Nik Azis, 1989 ). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );
1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer

 2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data
- memproses data penyelidikan
- memproses perkataan

3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
- pengaturan murid
- pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK )

Sebagai contoh dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut
i. Penghasilan Bahan Kurikulum
ii. Latih Tubi
iii. Tutorial
iv. Ulangkaji
v. Pemulihan dan Pengayaan
vi. Simulasi
vii. Pengiraan
viii. Alat Bantu Mengajar
ix. Tutee


2)Saluran untuk Mendapat Informasi

Melalui komputer kita dapat memperolehi maklumat yang diperlukan dengan mudah:
-Informasi pendidikan, Tempat-tempat Pendidikan
-Informasi Hiburan, mencari tempat-tempat Hiburan
-Informasi Travel, mencari dan menempah tiket kenderaan
-Informasi Produk, mencari produk yang kita inginkan.
-Informasi Pekerjaan, mencari kekosongan kerja.
-Informasi Berita, mencari berita dalam dan luar negeri
-Informasi Cuaca, mengetahui keadaan cuaca 
-Informasi Lalulintas, mengetahui keadaan lalulintas
-Informasi Kesihatan, mencari tips kesihatan 
-Informasi Politik
-Informasi Perdagangan
-Informasi Usaha, mencari peluang untuk membuka usaha
dan masih banyak lagi informasi yang dapat kita peroleh dari Komputer melalui Internet.

3)Komputer Sebagai Alat Hiburan

Fungsi hiburan merupakan fungsi paling menonjol daripada komputer saat ini. Lain dengan komputer zaman dulu yang belum memiliki fungsi hiburan, namun saat ini komputer sudah tidak lepas dari fungsi hiburan. Fungsi Gaming digunakan bagi orang-orang yang senang bermain game, mulai dari game balap, advanture, dan ketangkasan. Apalagi dengan dukungan banyaknya jenis-jenis game yang beredar, serta dukungan game multiplayer online semakin menambah keinginan pengguna untuk bermain game.

Fungsi Entertainment, seperti untuk menonton filem dan mendengar muzik.  Adanya perangkat tambahan seperti speaker aktif dan juga viewer lebih memanjakan para pengguna komputer untuk mendapatkan hiburan dengan menggunakan komputer. Bagi yang sudah memiliki koneksi ke internet, dapat juga mendengarkan lagu-lagu secara online dan juga boleh membelinya secara online. Banyak juga penyedia layanan menonton filem secara online.

4)Komputer Sebagai Sarana Komunikasi

Zaman dahulu bila berkomunikasi dengan seseorang yang berada jauh dari kita, kita dapat menggunakan telefon, tetapi hanya mendengar suara teman atau saudara kita. Melalui penggunaan komputer kita dapat :
-Berbicara dengan teman atau saudara kita
-Sambil bicara kita dapat melihat mereka dengan menggunakan Webcam
-Dapat menuliskan kata-kata kita kepada mereka (Chating)
-Juga kita dapat menulis surat kepada mereka (Email)
-Kita dapat mengirim gambar atau file kepada mereka

5)Komputer dalam Usaha Sesebuah Kerajaan

Pemerintah sudah mulai menerapkan sistem E-Government, dimana setiap daerah, institusi pemerintah sudah memiliki sistem informasinya masing-masing, atau yang lebih dikenal dengan E-Government. Kini, penggunaan komputer sudah menjadi kewajiban bagi setiap komponen-komponen pemerintahan. Penerapan E-government ini tentunya untuk meningkatkan layanan terhadap masyarakat. Seperti pembuatan KTP online, investasi bisnes yang lebih menjanjikan, komunikasi antara daerah lebih meningkat, dan sebagainya. Badan pemerintah telah melakukan komputerisasi untuk semua kegiatan mereka, pemantauan cuaca dan lainnya dapat dengan mudah dilakukan dengan penggunaan komputer.

.
Komputer Sebagai Guru

Pengajaran Berbantukan Komputer

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989 ).
Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).

Antara peranan komputer dalam proses pelajaran:
1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer
2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data
– memproses data penyelidikan
– memproses perkataan
3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
– pengaturan murid
– pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).


Komputer Sebagai Pelajar

Dalam konteks komputer sebagai pelajar, Taylor (1980) menyifatkan pengguna (guru atau pelajar) bertukar peranan dengan komputer. Dalam aplikasi ini komputer tidak lagi menyampaikan maklumat kepada pengguna, sebaliknya pengguna ’mengajar’ komputer untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Untuk mencapai aplikasi ini, pengguna perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagaimana untuk berkomunikasi dengan komputer dalam bahasa yang difahami oleh komputer tersebut bagi membolehkannya menghasilkan tugasan (Newby et al., 2000). Kemahiran ini juga memerlukan pemikiran logik serta kemahiran menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya, pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh memilih sama ada untuk menggunakan komputer sebagai ’alat’,’guru’ atau ’pelajar’ selagi mana kaedah tersebut mampu mencapai objektif pengajaran yang diharapkan. Selaras dengan harapan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan yang disalurkan di sekolah-sekolah, teknologi komputer seharusnya digunakan sepenuhnya oleh guru-guru. Namun demikian,masih terdapat kekangan yang dihadapi oleh para guru dalam penggunaan komputer khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Sub-topik seterusnya membincangkan faktor-faktor yang menghalang penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah

Kesimpulan
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencapai hasrat tersebut.
Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi. Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar kepada orang lain. Selagi kita bertaraf ‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.




TUGASAN 2 MINGGU 4
Platform Perbincangan di Atas Talian 


1) LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)

Sistem pengurusan pembelajaran ialah salah satu aplikasi pendidikan untuk membuat pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi ini merujuk kepada pelbagai sumber iaitu meliputi kandungan kurikulum dari tahap pra-sekolah sehingga tahap universiti.Topik-topik pembelajaran disampaikan atau dicapai melalui akses terus ke internet.
Unsur penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan  sistem pengurusan pembelajaran ialah capaian internet. Tanpa capaian internet sistem ini tidaK dapat dijalankan kerana sistem ini menggunakan internet sebagai salah satu alat untuk berinteraktif. Hal ini dapat dilihat apabila pembelajaran yang menggunakan sistem ini adalah melalui online.

Sistem pengurusan pembelajaran ini adalah laman web yang turut digunakan oleh peringkat tinggi berasaskan teknologi untuk penyelesaian perenggan, menyampaikan dan mengatur pelbagai aktiviti belajar dalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh talian, kelas maya dan program pengajar yang dipimpin  yang dapat menilai proses pembelajaran khusus.

Sistem ini juga turut digunakan oleh pelajar untuk memuat turun nota. Pelajar dapat mengakses maklumat berhubung dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan hanya menggunakan sistem ini. Malahan, mereka juga boleh lihat keputusan peperiksaan. Sistem ini juga memberi kelebihan kepada pelajar yang pemalu untuk berinteraksi kerana hanya menggunakan nama samaran. Keadaan ini memudahkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan dan memberi keselesaan kepada mereka.

Contoh aplikasi LMS yang digunakan oleh pelajar UKM ialah I-FOLIO. I-FOLIO ini digunakan oleh pelajar dan pensyarah UKM. Pelajar menggunakan I-FOLIO bertujuan untuk mendapatkan nota, malah perbincangan tentang tajuk-tajuk pembelajaran juga boleh dilakukan dengan pensyarah. Manakala pensyarah menggunakan LMS bertujuan untuk memasukkan nota dan memberi maklumat tentang hal terbaru kepada pelajar. Dalam kursus komputer dalam pendidikan juga telah menggunakan LMS iaitu yahoo group, facebook group dan blog.

Antara perisian sumber terbuka untuk LMS ialah:

CLAROLINE:http://www.claroline.net
Dokeos:http://www.dokeos.com
LRN:http://www.dotlrn.com
ATUTOR:http://www.atutor.ca
OLAT:http://www.olat.org
Sakai:http://www.sakaiproject.org

 
2) COURSE MANAGEMENT SYSTEM (CMS)

Course Management System (CMS) atau dalam Bahasa Melayu Sistem Pengurusan Kursus juga merupakan sebuah aplikasi perisian berasaskan web tetapi berbeza skop penggunaannya berbanding LMS. Penggunaan CMS lebih berfokus. Ianya lebih menumpukan tentang pengurusan sesuatu kursus.

CMS merupakan salah satu aplikasi CMS yang percuma. Pengguna yang ingin menggunakan aplikasi ini perlu memuat turun terlebih dahulu aplikasi ini. Melalui aplikasi ini, pentadbir aplikasi CMS akan menyediakan pilihan kursus-kursus yang boleh dipilih oleh pengguna atau pelajar. Pelajar boleh mendaftar kursus yang mereka layak. Setelah mendaftar, pelajar akan diberi jadual waktu kursus berlangsung sepanjang tempoh kursus tersebut berlangsung. Aplikasi ini juga turut menyediakan ruang penilaian pelajar.Di dalam ruang penilaian pelajar, pelajar boleh mengetahui prestasi mereka dalam kursus yang diambil. Cara ini menjadikan urusan berkaitan dengan kursus dapat dilakukan dengan lancar. Proses pembelajaran juga akan menjadi lebih efektif dengan adanya proses pendaftaran dan penilaian.

​Sumber perisian percuma CMS yang terdapat dalam talian adalah Wordpress, Joomla, Drupal, SilverStripe, FrogCMS


TUGASAN 3 MINGGU 5

KESELAMATAN DAN ETIKA DALAM PENGGUNAAN KOMPUTER
 
Pendahuluan
Sememangnya keselamatan dalam penggunaan komputer, lebih-lebih lagi pada zaman arus globalisasi ini adalah sangat wajar dan penting sekali. Ini adalah kerana dengan komputer, berbagai-bagai perbuatan jahat boleh dilakukan. Jadi, sebagai pengguna, kita haruslah mengambil tahu tentang keselamatan dalam penggunaan komputer agar tidak berlaku perkara-perkara yang akan mengganggu keamanan dan hak-hak privasi kita. Hal ini ditambah pula dengan sistem penggunaan internet yang semakin berleluasa. Internet yang sebenarnya boleh memberi pengetahuan menyeluruh mengenai pelbagai perkara nyata telah disalah guna oleh banyak pihak untuk tujuan tidak berfaedah. Sejauh manakah kesan buruk ini akan merosakkan generasi muda negara? jadi, di sinilah pentingnya keselamatan dan etika dalam penggunaan komputer agar masalah lain tidak timbul.
 
Definisi Keselamatan Komputer
Keselamatan komputer boleh ditakrifkan sebagai menjaga keamanan atau kesejahteraan komputer sama ada dari segi sistem dan perisian, data mahupun perkakasan. Keselamatan komputer juga bermaksud amalan melindungi sistem komputer dari kegagalan, ancaman, risiko, dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah, kemusnahan, atau denial-of-service.
 
Asas Keselamatan Komputer
Keselamatan komputer meliputi 4 asas, iaitu:
 
1) Kerahsiaan- mencegah maklumat rahsia dibaca atau diketahui oleh orang yang tidak berdaftar. Jenis capaian- boleh baca, lihat, cetak atau dengan hanya mengetahui kewujudan sesuatu objek atau aset dalam sistem komputer.

2) Integriti- mencegah sebarang ubah suai oleh orang yang tidak berdaftar. Jenis ubah suai: menulis, mengubah, menukar (status), hapus atau cipta.

3) Kesediaan- Orang yang berdaftar tidak sepatutnya dihalang dari mencapai suatu aset/data selagi beliau mempunyai capaian yang dibenarkan.

4) Penggunaan yang betul- Orang yang berdaftar menggunakan sistem komputer dengan cara betul atau dibenarkan. Jika diikuti, ini boleh mengelak kegagalan sistem, jenayah komputer atau kerosakan akibat kecuaian manusia.
 
 
Cara-Cara Menjaga Keselamatan Komputer
Pencegahan Dari Jangkitan Virus-
Untuk mengenal pasti virus, komputer memerlukan perisian anti-virus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yang mempunyai virus dan memusnahkannya.Kita juga perlulah kerap mengimbas PC dari serangan Trojan, Virus, dan Sniffer. Jangan download email attachment yang belum discan ke dalam PC terutamanya yang mengandungi '.com, vb, dll, exe', di hujung nama fail berkenaan kerana itu semua adalah virus.

Fail Pengenalan Virus (Virus Signature File)-
Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita sentiasa "update" fail tersebut untuk mengesan virus-virus baru.
Menghalang password Cracker-
- Gunakan random password hasil daripada kombinasi nombor huruf kecil dan besar serta simbol.
- Gunakan semaksimum mungkin password yang dibenarkan.
- Sering menukar password sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam LAN atau seminggu sekali dalam persekitaran internet.
- Jangan memberikan password kita kepada orang lain. Sebaiknya ingat password kita.

Gunakan Internet Firewall
- Merupakan perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam, virus, dan cacing (worms), daripada mengakses komputer anda.
- Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer.
 
 
ASPEK DALAM KESELAMATAN KOMPUTER
Keselamatan komputer meliputi 4 aspek penting iaitu:
Tanggungjawab
Keselamatan fizikal
Keselamatan sistem
Keselamatan data
Antara aspek yang lain iaitu:
- suhu dalam makmal komputer sebaiknya tidak lebih daripada 40 ° C.
- komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan elektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
- Elakkan dari terlalu banyak menggunakan socket extension kerana dikhuatiri akan berlaku litar pintas dan mengakibatkan komputer rosak.
- komputer juga agak sensitif, jadi elakkan daripada terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh.
- komputer perlu dibersihkan 1 kali seminggu.
 
 
ETIKA KOMPUTER
 
DEFINISI ETIKA KOMPUTER
- panduan moral dalam penggunaan komputer dan sistem maklumat mengenai salah dan betul menggunakan komputer.
- kebanyakan pengguna komputer mewujudkan kod etika misalnya:
       >dilarang mengganggu kesulitan maklumat majikan.
       >mengekalkan integriti sistem sepanjang masa.
       >dilarang mengganggu hak peribadi orang lain.
       >jangan melarang undang-undang siber.

10 RUKUN ETIKA KOMPUTER
Jangan menggunakan komputer untuk merugikan dan membahayakan orang lain.
Jangan melanggar atau mengganggu hak dan karya komputer orang lain.
Jangan menceroboh masuk fail komputer orang lain.
Jangan menggunakan komputer untuk mencuri.
Jangan menggunakan komputer untuk memberikan kesaksian palsu.
Jangan menduplikasi atau menggunakan software tanpa membayar dahulu copyright.
Jangan menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa pengetahuannya.
Jangan mencuri atau mengambil hasil intelektual orang lain.
Pertimbangkan kesan dari program yang dibuat atau sistem komputer yang dirancang.
Gunakan komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
 
NETIKA- Etika Penggunaan Internet
- Disediakan bagi mendidik pengguna mengenai tatacara penggunaan internet yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia.
 
 
RUMUSAN
- Keselamatan komputer sememangnya penting dan amat berguna untuk kita sebagai pengguna komputer.
- Dengan menjaga keselamatan komputer, segala perkakasan, perisian, sistem mahupun data-data kita akan berada dalam keadaan selamat.
- Sekiranya para pengguna mengetahui dan mengamalkan etika-etika dalam penggunaan komputer, nescaya keselamatan dalam penggunaan komputer akan lebih terjamin.

 
 TUGASAN 3 MINGGU 6
Persembahan Power Point
  • Prinsip Asas Casper
  • Teks, Grafik, Warna
  • Microsoft Paint
  • Bentuk ( shapes )
  • Smart Art
  • Media
-Perbentangan dengan ahli kumpulan berdasarkan bahan yang disediakan minggu 5.



TUGASAN 4 MINGGU 7


PROSES PENYELIDIKAN  ( mini research )
-Asas penyelidikan dan sorotan literatur
-Teknik pembentukan soalan dalam soal selidik
-penyediaan soal selidik diatas talian
-pengumpulan data 

Allhamdulillah saya bersama ahli kumpulan dapat menyiapkan tugasan untuk membina satu borang soal selidik berdasarkan tajuk yang telah diberikan kepada kami. Semasa pembinaan borang, kami telah mengambil beberapa aspek dan kami pecahkan kepada tiga bahagian dalam borang soal selidik yang telah kami bina. Berikut adalah hasil dalam pembinaan soal selidik yang kumpulan kami bina.

DRAF BORANG SOAL SELIDIK KESELAMATAN INTERNET DAN KOMPUTER

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurniaNya kami diberi peluang untuk melaksanakan tugasan ini yang bertajuk 'Keselamatan Internet Dan Komputer'. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar khususnya Fakulti Pendidikan terhadap ancaman komputer dan internet. Oleh itu, kami memohon jasa baik rakan-rakan sekalian agar memberi maklum balas terhadap soalan yang diajukan oleh kami. Jasa baik rakan-rakan semua amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.

TUJUAN:
Untuk mengkaji sejauh mana pengetahuan pelajar mengenai keselamatan menggunakan komputer dan internet.

OBJEKTIF KAJIAN
1.    Memastikan pelajar mahir dalam menangani ancaman komputer
2.     Memastikan pelajar memahami etika berkomputer

AHLI KUMPULAN 3 SR1

SITI NUR ISMAT BINTI CHE NORDDIN       A154071
​MOHAMAD IZZUDIN BIN RAZALI                 A156757
MUHAMMAD SAIFUL BIN MOHD NIZAM     A155119 

 
BAHAGIAN A (MAKLUMAT DEMOGRAFI )

1.   Jantina?
2.   Umur?
3.   Program Pengajian?
4.   Tahun Pengajian?
5.    Kelulusan Akademik?


BAHAGIAN B ( ANCAMAN KESELAMATAN KOMPUTER DAN INTERNET  )

1. Kemahiran anda tentang keselamatan komputer dan internet
2. Mengenalpasti sebarang ancaman yang terdapat dalam komputer anda
3. Kemahiran anda dalam melindungi keselamatan perkakasan komputer
4. Memasang perisian perisai anti virus dalam komputer
5. Membuat data salinan backup jika berlaku apa-apa kerosakan
6. Kekerapan anda mengemaskini komputer peribadi anda? 
7. Kekerapan anda membuat pembelian @ pembayaran secara online?
8. Apakah jenis Antivirus yang anda gunakan dalam komputer peribadi anda?
9. Bentuk-bentuk salinan data yang anda gunakan?

BAHAGIAN C ( ETIKA KOMPUTER  )

10. Pengetahuan anda tentang etika komputer?
11. Saya sentiasa mengutamakan keselamatan komputer saya dengan memeriksa keadaan komputer sebelum menggunakannya.
12. Saya boleh menyelesaikan masalah komputer saya tanpa bantuan orang lain.
13. Saya sentiasa berhati-hati untuk mendedahkan sebarang butiran peribadi saya di internet.
14. Saya menggunakan kaedah salinan data bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk yang berlaku pada komputer saya
15. Saya memasang perisian antivirus pada komputer saya bagi memastikan komputer saya tidak dijangkiti virus serta ancaman lain.
16. Menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa pengetahuannya merupakan salah satu pelanggaran etika komputer

​
TUGASAN 5 MINGGU 8 

TUGASAN 5 MINGGU 9
TUGASAN 6 MINGGU 10 & 11

Penerbitan Atas Meja (Desktop Publishing):
•    Microsoft Publisher 
•    Microsoft Words 

Dengan menggunakan bahan yang telah dikumpul berkaitan (TUGASAN 2), saya dikehendaki membina satu brosur menggunakan Microsoft Publisher sebagai tugasan individu. Untuk menyiapkan tugasan ini, unsur teks, bentuk, imej dan warna hendaklah dimasukkan ke dalam tugasan ini. Setelah tugasan ini ciap, hasil kerja dimuatnaikkan di Portfolio Weebly. Ini merupakan tugasan yang telah diciapkan.

​
TUGASAN 7 MINGGU 12 & 13
TUGASAN 8 MINGGU 14
Picture
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Tugasan
  • Biodata
  • Refleksi
  • About
  • Contact